Wednesday 15 July 2015

Meraih cinta Dia

Bismillahihirahmaniraahim...

Assalammualaikum dear diari,
lama juga tak bercoleteh panjang kat sini. Mana taknya sibuk dengan hal duniawi.

Allah.

Hingga terkadang lalai akan tanggungjawab padaNya juga ada. Ampun ya Rabb. 

Hidayah?
Mungkin tiba masanya untuk aku transformer. Yeah, ala macam cite avenger tuh kan huhu.
Yang main tukar tukar dari kereta bertukar jadi robot.
Sama macam situasi ini, 
dari manusia yang jahil berhijrah ke manusia yang baik mahu lebih baik lagi. 
In Shaa Allah.
Yela, sebab dunia ni kian tenat dan uzur. Sampai bila masih mahu tidur mimpi di alam sendiri.

Ye dok?

Tak banyak aku nak pinta,
cuma berikan aku ruang cebisan keampunan,
ruang ketaubatan aku untukMu,
dan tahap kekuatan cinta aku padaMu.

dan,

Tolong, bangunkan aku dari mimpi yang lalai ini ya Latiff.